Jurnal Intelek merupakan jurnal yang dirancang penerbitannya secara tahunan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Tahun 2016 adalah tahun pertama penerbitannya. Siri 1 jurnal ini memuatkan artikel penyelidikan yang telah dibentang dalam Seminar Antarabangsa Penyelidikan Pendidikan di Universiti Islam Ar-Raniriy Banda Acheh pada 1 Jun 2015. Dalam seminar ini, saya turut membentang kertas kerja bertajuk masalah amalan pengajaran dalam kalangan guru pelatih. Saya juga merupakan salah seorang daripada editor jurnal ini.
