Membina kerangka konsep kajian tindakan

30/04/2015 12:40

Kebanyakan pelajar di bawah seliaan saya kurang arif tentang kerangka konsep kajian mereka. Membina kerangka konsep memerlukan kefahaman asas tentang pembolehubah kajian. Terdapat dua jenis pembolehubah utama dalam sesuatu kajian iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas. Pembolehubah bersandar bergantung kepada pembolehubah bebas. Maksudnya, perubahan pada pembolehubah bersandar bergantung kepada perubahan pada pembolehubah bebas.